Tuesday, April 27, 2010

Syurga di bawah laut.....


PUlAU Sipadan yang mempunyai 12 lokasi selam utama untuk diterokai.


KEPUASAN dan ketenangan minda ketika menerokai keindahan alam di bawah permukaan air sememangnya sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Melihat keunikan dan keanehan hidupan yang selama ini asing pada pandangan mata adalah faktor yang 'menarik' penyelam skuba untuk terus terjun ke dasar laut.
Bukan itu sahaja, jenis dan kategori selam yang berbeza juga sering menjanjikan pengalaman dan sesuatu yang baru untuk dicuba.
Bagi penyelam skuba kunci utama untuk mencapai kepuasan ketika menyelam adalah eksplorasi. Selepas puas meneroka keindahan di satu-satu lokasi, mereka akan beralih ke lokasi seterusnya.
Kali ini WOW! berkongsi lokasi-lokasi selam skuba terbaik di seluruh dunia untuk dimasukkan ke dalam senarai destinasi wajib dikunjungi penyelam.
Sipadan dan Layang-Layang, Malaysia
MALAYSIA tidak pernah ketinggalan dalam aktiviti selam skuba. Perairan beriklim tropika menjadikan negara ini antara destinasi kegemaran penyelam dari seluruh dunia.
Selain keindahan pulau-pulau seperti Redang, Perhentian dan Tioman, Malaysia mempunyai beberapa lokasi selam yang eksklusif yang bertaraf dunia.
Pulau Sipadan di Sabah yang pernah tergolong antara pulau tercantik di dunia masih lagi kekal sebagai permata dalam dunia selam skuba.
Pulau kecil itu kaya dengan pelbagai spesies jerung, ikan lumba-lumba, alu-alu, penyu dan pari.
Sipadan terkenal dengan keindahan terumbu karang dan hidupan macro (halus) yang memenuhi 'galeri dinding' di sekeliling pulau berbentuk cendawan itu.
Antara lokasi kegemaran penyelam di Laut Celebes itu adalah Barracuda Point dan South Point. Bagi penyelam tempatan, selam skuba sememangnya tidak lengkap selagi tidak menjejakkan kaki ke khazanah tidak ternilai ini.
Selain Sipadan, Sabah juga mempunyai beberapa lagi lokasi selam yang dianggap setanding seperti Pulau Layang-Layang, Mabul dan Kapalai.

Menarik ari ni.....

Malaysia status negara tua 2035

KUANTAN 27 April - Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang 2035 ekoran peratusan warga emas yang berumur 60 tahun mencapai kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peratusan bilangan warga emas di negara ini semakin meningkat berdasarkan banci penduduk pada 2000 iaitu seramai 1.45 juta orang atau 6.2 peratus.
''Jumlah tersebut terus melonjak selepas sembilan tahun menjadi seramai dua juta atau 7.1 peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28.3 juta orang.
''Statistik tersebut amat membimbangkan ekoran penurunan kadar kesuburan dan peningkatan jangka hayat penduduk seperti yang direkodkan pada 2005 iaitu 71 tahun bagi lelaki dan 76 tahun bagi wanita," katanya dalam ucapan perasmian sempena Seminar Kebangsaan Ketiga di sini hari ini.
Teks ucapan perasmian seminar bertajuk Kasih Sayang Antara Generasi Membanteras Penganiayaan Sesama Insan dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Halijah Yahaya.
Menurut Meme, fenomena golongan muda berkerjaya pada masa ini yang tidak mahu berkahwin, amat membimbangkan kerana ia menyebabkan kadar kelahiran adalah rendah.
''Faktor kahwin lambat atau tidak berkahwin menyebabkan peratusan kadar kelahiran kurang berbanding peratusan kematian.
''Ini kerana, golongan warga emas mempunyai keperluan tersendiri sehingga menimbulkan pelbagai implikasi kepada keluarga, masyarakat dan negara," jelasnya.
Misalnya, jelas beliau, Jepun kini mencapai status negara tua apabila peratusan warga emas semakin meningkat manakala rekod kelahiran adalah rendah.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan serius dalam menangani kadar penuaan yang semakin meningkat dan bersedia menghadapi cabaran tersebut.
''Semua pihak sama ada kerajaan atau swasta perlu memberi ruang dan peluang kepada golongan warga emas untuk menyumbang kepada masyarakat sesuai dengan keupayaan dan minat mereka.
''Mereka seharusnya diberi ruang dan peluang supaya kemahiran dan kepakaran yang dimiliki diperturunkan kepada generasi muda," ujarnya.

Pemandangan yang indah di Bukit Tingi....

Wajah kesayangan hamba.....


Ari ni si comelku ini kuran sihat....selsema la pulak...

Penyu oh penyu.......

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam.....

RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu." "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Cita dari majalah pa & ma....tersentuh rasa hati bila membaca cita ni...

BAYIKU MENINGGAL 3 HARI SEBELUM DILAHIRKAN




Sebagai manusia normal kehilangan orang tersayang pasti mengundang kesedihan yang sukar diubati. Hanya kekuatan iman menjadi pendinding diri. HASNITA SAWAL berkongsi rasa dengan Azlina Md Shariff, 36, dan Ahmad Firdaus Che’ May, 36, yang kehilangan anak beberapa hari sebelum dilahirkan.
Walaupun hamil anak ketiga dan jarak dengan anak kedua Nur Najla Aqilah yang berusia setahun enam bulan tidak terlalu jauh namun keseronokan untuk mendapat seorang lagi cahaya mata sukar digambarkan. Apatah lagi saya sudah berkahwin sejak 1999 tetapi tidak berzuriat sehingga 2005. Perasaan untuk mendapat zuriat amat kuat dalam diri saya . Suami telah berhabis duit dan keringat untuk mendapatkan zuriat. Sudah berbagai hospital dan pakar kami rujuk untuk mendapatkan perasaan mengandung dan melahirkan anak.

Ini membuatkan perasaan sayang dan kasih kepada anak-anak amat besar dalam hati saya sebaik dikurniakan anak pertama Muhammad Aliff Nabil pada 24 Ogos 2005. Kehamilan ketiga pada usia 35 tahun langsung tidak memberi masalah kepada saya. Semuanya berjalan normal seperti biasa .

Tarikh jangkaan bersalin yang diberikan doktor adalah pada 11 Julai 2009 tetapi m elihatkan saiz kandungan saya yang terlalu besar maka doktor menetapkan untuk paksa keluar kandungan pada tarikh yang dipercepatkan iaitu 27 Jun.

Bermulanya satu kesedihan

Saya masih ingat lagi tiga hari sebelum tarikh di suruh bersalin, saya mengalami pening kepala yang amat sangat. Pada pagi Rabu, 24 Jun, saya mula berasa kurang sedap hati apabila kandungan kurang bergerak. Tetapi saya tidak memberitahu suami.

Kira-kira pukul 4 petang suami menelefon memberitahu kunci keretanya jatuh di dalam longkang dan tidak dapat mengambilnya kerana keadaan longkang yang dalam.

Disinilah bermulanya ketakutan itu. Suami meminta saya menunggu kereta tersebut yang terletak
di depan pejabat saya di Seksyen 14, Shah Alam. Dia perlu pulang untuk mendapatkan kunci pendua kereta itu. Tugas suami yang perlu ke Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyelesaikan permohonan pengubahsuaian rumah kami perlu diselesaikan kerana waktu bersalin saya semakin hampir. Saya meminta suami supaya mencari jalan penyelesaian lain kerana pening yang amat sangat dan merasakan perlu ke klinik kerana kandungan kurang bergerak. Suami lalu menelefon adiknya yang berada di rumah mak mertua saya di Kampung Melayu Subang. Adik ipar saya, Khairunnisa’ pun baru lepas bersalin dan masih didalam pantang.
Suami saya berkeras meminta adiknya mengambilnya dan saya untuk terus ke rumah kami di Taman Bukit Subang. Perjalanan yang dekat dari Shah Alam ke Taman Bukit Subang dirasakan begitu lama. Waktu pada masa itu menunjukkan jam 5.45 petang.

Dia sudah pergi

Semuanya berlaku terlalu pantas. Suami mengambil anak-anak kami dari pusat jagaan. Kereta
kedua yang ada dirumah kami pakai dan membiarkan kereta suami di Shah Alam pada hari
itu. Kami terus ke klinik dan setelah diperiksa, doktor minta kami terus ke Pusat Rawatan Islam
(Pusrawi), Kota Damansara tempat rujukan kami kerana menurut doktor degupan jantung bayi
dalam kandungan terlalu perlahan.

Kami bergegas ke rumah dan mengambil beg yang telah saya siapkan jika bersalin. Jam 6. 30
petang anak-anak kami tinggalkan dengan Nenek mereka. Di Purawi, kandungan diperiksa
lagi dan kami menunggu doktor rujukan datang. Setelah ujian kedua dilakukan menggunakan
scanner dan jantung, doktor menyuruh kami terus ke Hospital Sg Buloh (HSB). K etika itu jam
menunjukkan pukul 10 malam.

Sementara ujian demi ujian dijalankan suami sabar menanti diluar. Jam 3. 30 pagi, doktor
pakar menjemput suami ke dalam bilik saya dan memaklumkan kandungan telah mati di dalam
perut. Masih terngiang-ngiang kata- kata doktor pada masa itu. “Tidak ada sebab - sebab klinikal
untuk diberitahu dan kandungan telah meninggal dunia di dalam perut. Punca kematian hanya
boleh diberitahu setelah kandungan dikeluarkan.” Dia meminta kami bersabar dan memberitahu kandungan boleh dilahirkan secara normal. Dia juga membenarkan kami pulang ke rumah bersama kandungan di dalam perut.

Perlu reda

Biarpun sudah disahkan meninggal, saya dan suami tetap berdoa memujuk hati supaya
kandungan ini kembali normal. Tetapi padah ari Jumaat, 26 Jun setelah tiga hari kandungan
tidak bergerak, tepat jam 2.15 petang lahirlah bayi lelaki kami yang sempurna seberat 3.1 kg tetapi sudah tidak bernyawa di HSB.

Hancur luluh hati saya tatkala menatap wajah beningnya yang suci. Walaupun hanya sempat
bersamanya seketika tetapi saya reda dengan ujian Allah SWT kerana saya tahu dia sedang
berbahagia disyurga milik-Nya. Kesabaran suami yang tabah menghadapi dugaan paling hebat
bagi kami ini membuatkan saya reda dengan apa yang berlaku.

Melalui tempoh berpantang kali ketiga ini benar-benar mencengkam perasaan. Bayang kan
anda berpantang tanpa bayi di sisi dengan susu yang penuh di payu dara, hanya mereka yang
menerima ujian yang sama sahaja memahami betapa sayu dan pedihnya hati ini. Beberapa kali saya menyusukan anak saudara yang baru berusia dua bulan (anak Khairun nisa ’) kerana ibunya sudah kembali bekerja. Ketika menyusukannya, perasaan kehilangan amat saya rasakan sekali.

Telatah dan kerenah anak-anak yang masih kecil dan tidak faham tentang kematian adik mereka menjadikan saya terhibur seketika. Suami yang banyak membantu memberi semangat kepada saya. Dia selalu berkata dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan nya” (Al-Ba qara h: 286).

Kami kuat menghadapi waktu-waktu sukar ini. Setiap malam kami berbincang dan suami kerap memberikan semangat untuk kami meneruskan hidup. Suami berkata kadang-kadang kita
rasa sesuatu perkara itu baik untuk kita tetapi Allah SWT Maha Mengetahui bahawa itu tidak
baik pada kita. Selepas selesai tempoh berpantang, punca kematian bayi saya dapat di ketahui.

Menurut doktor, bayi yang kami beri nama Muhammad Ariff Nazri, meninggal dunia akibat
tidak mendapat oksigen daripada darah yang tidak sampai kepadanya akibat terbelit tali pusat.

Sebagai ibu yang kehilangan anak, saya menjadi marah jika terdengar kes pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia. Saya berharap janganlah perkara ini berlaku lagi kerana masih ada lagi ibu-ibu di luar sana yang mahukan kehadiran anak untuk dibelai dan dicurahkan kasih sayang.