Monday, April 26, 2010

Cita akhbar utusan ari ni...

Makhluk asing wujud – Hawking


Stephen Hawking


LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.
“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.
Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yang dihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untuk mencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendiri habis digunakan.
“Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yang mengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalam jangkauan mereka,” kata Hawking.
Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into the Universe with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang mula disiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.
“Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahaja menjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhluk asing.
“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.
Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.
Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.
Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulan Beatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesej keamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasan Polaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP

Masjid Rantau Panjang.....sungguh unik....

Senyum seindah suria yang membawa cahaya...

askum...selamat pagi semua...nak bagi petua kat korang semua utk ari ni....

Petua datuk nenek...hehe...
  1. Daun turi atasi sakit kepala - caranya ambil segenggam daun turi, 7 helai daun lada dan 3 ulas bawang putih. tumbuk semua bahan pastu tempel pada bahagian kening anda..insyallah akan segera sembuh..lobak putih pun blh tapi pedih sikit la...
  2. Atasi masalah hidung tersumbat - bg bayi yang ada masalah hidung tersumbat,lumurkan minyak masak yg belum digunakan di ubun-ubun sekerap yg mungkin...

tu je la petua untuk ari ni...esok aku bg lagi petua lain lak...

Mari la kita semua berdoa dan buat solat hajat untuk adik Nurhannah.....

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan… kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami  erti kesakitan. 
Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu. emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. 
Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi :
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di
kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya
bertawakal. Amin.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan Rohaiza dan keluarga dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.

Sunday, April 25, 2010

Kari ketam letak nenas...Hasil masakan sendiri.....



Ini la hasil masakan dari air tangan sendiri....kegemaran suami dan anakku...walaupun aku tak makan ketam tapi setakat nak masakan utk suami tu blh la aku masakkan...puas hati bila suami puji sedap..hehehe...tu la cara-cara nak pikat hati suami...pikat perut dia dulu...gi mana-mana pun mesti dia teringat kat masakan isteri dia...tu jer la untuk ari ni...seharian dok mengadap laptop ni...