Sunday, April 25, 2010

Bicara agama petikan dari utusan.....

Allah rahsiakan bila kiamat


SEMUA keindahan dan nikmat yang ada di dunia tidak dapat mengatasi ganjaran yang disediakan di syurga Allah. - gambar hiasan


Mukadimah
Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.
Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.
Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah.
Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempatnya sebagai pembalasan apa yang telah mereka kerjakan dahulu.
Firman Allah SWT: Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar. Ibn Abbas berkata: Iaitu hari kiamat. Ibn Kathir berkata: Disebut dengan perkataan Tammah kerana ia meliputi segala yang menakutkan lagi menyeramkan.
Firman Allah SWT: Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya. Al-Maraghi berkata: Pada hari itu manusia melihat perbuatannya termaktub dalam buku catatan amalannya yang hampir dilupakan tetapi dia segera mengingati kembali apa yang dilakukan dahulu.
Firman Allah SWT: Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. Syed Qutb berkata: Neraka kelihatan jelas kepada setiap mata yang membawa makna dan bunyi yang kasar dan keras dan menonjol pemandangan neraka di hadapan setiap mata.
Ketika itu manusia akan menerima balasan dan akibat yang berbeza-beza. Dan ketika itu lahirlah tujuan dan matlamat pentadbiran dan perencanaan Allah yang mewujudkan kehidupan dunia.
Firman Allah SWT: Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya), adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya). Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya neraka jahanamlah tempat kediamannya.
Al-Maraghi berkata: Orang yang sombong, melampaui batas dan mengutamakan kelazatan dunia serta nafsu syahwatnya daripada akhirat, maka nerakalah tempat tinggalnya.
Firman Allah SWT: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.
Syed Qutb berkata: Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang seri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yang melampau dan kepada perbuatan maksiat.
Ia menjadi punca segala bala bencana dan kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab mengikut hawa nafsu.
Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit mengikut hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.
Perasaan takut kepada Allah SWT merupakan dinding yang teguh untuk mencegah segala keinginan nafsu yang kuat tetapi semua dinding yang lain jarang dapat mencegah gelojak hawa nafsu kerana itulah kedua-duanya dikumpulkan dalam satu ayat.
Yang bercakap di sini ialah Allah pencipta manusia. Kerana itu Dialah yang mengetahui tentang penyakit jiwa dan ubatnya. Begitu juga Maha Mengetahui dengan segala lorong dan likunya.
Dialah Maha Mengetahui di mana tersembunyinya keinginan nafsu dan apakah pula ubatnya dan bagaimana mengusir dan memburu hawa nafsu itu dari tempat-tempat persembunyiannya.
Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Begitu juga persoalan berlegar kepada orang yang telah mati, bila akan dibangkitkan? Ibn Kathir berkata: Pengetahuan tentangnya tidak diberikan kepadamu.
Firman Allah SWT: Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
Diriwayatkan oleh Aishah r.anha bahawa Rasulullah SAW sering menyebut hari kiamat dan hal itu selalu ditanya sehinggalah ayat ini diturunkan.
Al-Maraghi berkata: Kamu jangan bersedih hati dalam menangani masalah ini serta jangan memaksa diri kamu untuk mengetahui rahsia-rahsianya dan ingin mengetahui sesuatu yang disembunyikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
Firman Allah SWT: Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
Ibn Kathir berkata: Barang siapa yang takut kepada Allah SWT dan takut kepada ancaman-Nya, maka dia akan mengikutimu. Oleh yang demikian, dia sangat beruntung dan memperoleh kegembiraan. Kegagalan dan kerugian hanya untuk orang yang mendustakan dan melakukan penentangan.
Firman Allah SWT: (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
Al-Maraghi berkata: Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan yang sama seperti kenyataan di atas: Aku akan mengunjungi kamu pada waktu petang atau pagi. Atau sebaliknya, ungkapan ini bermaksud mereka akan memendekkan masa kunjungannya dan sangkaan mereka hanya akan tinggal sepanjang waktu petang atau pagi.
Penutup
Syed Qutb berkata: Selesailah sudah kehidupan dunia yang selalu membuat penghuni-penghuninya berperang dan bertarung satu sama lain kerana merebut kenikmatannya. Dunia yang selalu membuat mereka mengutamakan kenikmatannya dan mengabaikan usaha mereka mendapat habuan di akhirat.
Dunia yang selalu membuat mereka sanggup melakukan untuknya segala jenayah, maksiat dan kezaliman, dan dunia yang selalu membuat mereka dihanyut nafsu dan hidup kerana nafsu.
Terlipatlah sudah kehidupan dunia ini dalam hati pencintanya hingga dirasakan mereka seolah-olah kehidupan itu hanya berlangsung selama satu petang atau satu pagi sahaja. Inilah kehidupan dunia yang singkat.
Adakah kerana kehidupan pagi dan petang, mereka sanggup mengorbankan kehidupan akhirat yang kekal?
Adakah kerana kepuasan hawa nafsu yang fana, mereka sanggup meninggalkan kediaman syurga yang kekal di akhirat? Tidakkah ini suatu kebodohan yang paling besar?

Saturday, April 24, 2010

SAMBAL UDANG....YUMMMY..YUMMY..

BAHAN-BAHAN:

250 gm udang

10 tangkai cili merah (kisar)

5 labu bawang besar (hiris)

2 ulas bawang putih (kisar)

2 biji kentang (potong dadu dan rebus)

1 papan petai buang kulit dan potong dua

3 helai daun limau

Garam secukup rasa



CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan cili merah, kentang dan petai dan tumis selama 10 minit.

3. Masukkan udang dan tumiskan lagi 10 minit.

4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.

LAKSA JOHOR....Kegemaranku...

BAHAN UNTUK KUAH:

500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar)

2 liter santan (2 biji kelapa)

40 gm udang kering (rendam dan kisar)

50 ml air asam jawa

60 ml minyak masak

50 gm daun kesom (kisar halus)



BAHAN UNTUK PES:

2 sudu besar ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan manis

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar cili



BAHAN KISAR:

6 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 sudu kecil lada hitam



BAHAN HIASAN:

Timun (potong nipis dan memanjang)

Lada merah (hiris)

Bawang besar (hiris)

Daun selom

Kacang panjang (hiris halus)

Telur rebus dan belah dua

Limau kasturi (belah dua)

Sedikit lobak masin

Sedikit taugeh

Sedikit hirisan daun selom

Sambal belacan



CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak.

3. Masukkan santan dan kacau perlahan.

4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa.

Selepas beberapa minit masukkan daun kesom.

5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa, dan biarkan mendidih.

6. Boleh dihidangkan bersama spageti dan bahan hiasan.
telokbetta.webs.com

Kesayanganku...

Ohh...tasik kenyir...

assalammualaikum....

penatnya aku ari ni...seharian kat tasik kenyir...semuanya sebab pertandingan raja serama...ayam serama...walaupun penat tapi best giler dok kat sana..macam2 gelagat org aku tgk...kelakar sgt...pertama kali aku gi kat pertandingan ayam serama tu...minggu depan ada lagi kali ni buat kat sutra beach resort...wah seronok tu...hadiah pun lumayan...hari ni bapa mertua ku kurang bertuah tak dapat apa2 hadiah...huhuhu...tapi yg pasti semua happy walaupun kepenatan dan kepanasan...acara paling best adalah best of the best...memang ler best...lawan juara antara juara...part tu jer la yang aku paling nak tengok...dengan satu lagi cabutan bertuah dan hadiah pemenang....tv3 pun ada datang gak buat liputan...tengok la nanti minggu depan ke ada la keluar kat majalah 3 nanti...glamor pak mertua ku coz di temuramah org tv...ye la naib presiden ayam serama malaysia la katakan...cuma skrg pak mertua aku da kurang aktif coz da tua tak larat sgt...dok tgk jer la jadi penonton...nak jadi pengadil pun dia da tak nak....aku dengan hubby aku lak kepenatan menjaga buah hati kitorg yg sorang tu...huhuhu tak reti dok diam asyik ajak jalan jer...aku rasa kalau ari2 mcm ni blh kurus kitorg...hehe...ok la aku da ngantuk da esok kita bertemu lagi yer...wasalam...

Thursday, April 22, 2010

iNFO HARI INI...

  Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.       
  Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.    
  Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan
  tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali
  pertama beliau mendapat sawan.                                          
  Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk
  dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan   
  kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). 
  Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah
  (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam 
  sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT 
  Scan).                                                                  
  Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute
  and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini  
  ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya          
  bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita   
  atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya 
  tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.                
                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                                    
  Health Info                                                             
                                                                                                                                                   
  SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)                                              
                                                                          
                                                                                                                                                   
  SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan 
  kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
  yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang 
  lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi    
  digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti      
  bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi,   
  menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau   
  bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.. Sebab lain ialah penderaan bayi 
  (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.  
                                                                          
                                                                          
  Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
  berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih  
  belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.                                                                                                                                  
  Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama 
  bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana   
  untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
  menjaga bayi.....( occupational stress ).                               
                                                                          
                                                                          
                                                                          
  Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga     
  pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan
  otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.           
                                                                          
                                                                          
  PENCEGAHAN                                                              
  1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk     
          bermain.                                                                
  2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.                           
  3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda   
         tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau     
         kepada orang lain.                                                      
  4.    Minta bantuan orang lain.                                         
                                                                          
                                                                          
                                                                          
  Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat        
  mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya       
  bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes      
  dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk 
  alat menggoncang bayi seperti buaian.                                   
                                                                                     
                                                                                                                                     
  Hadith :                                                                
  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang 
  ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang 
  di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari       
  Kiamat.”                                                                
                                                                          
  Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi