MATAKU PEDAS
Sunday, May 22, 2011
Lamanya tak berblog....
assalammualaikum...lamanya tak tulis blog...tak tau la napa malas sangat aku nak tulis blog...baru2 ni aku baru jer gi ke gambang waterpark family day ofis hubby...seronok gak la...cabutan bertuah malam dinner tu dapat la set cadar dan toto beg...esoknya aktiviti kat tmpt mandi...aku dgn hubby excited sgt main tapi tu la yg tak bestnya anak aku la tak sporting langsung...asyik nak ajak balik jer...rasanya aku dok dlm tu ada la lebih kurang 4 jam jer...tu pun da abis pujuk da....hubby jer la yg dapat main macam2...nak try aku takut nak naik sorang2....kat sini aku sertakan gambar2 masa hari keluarga tu....jom la tgk....
Friday, March 11, 2011
Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.
Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?
Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:- Merah pekat
- Merah cair
- Coklat
- Kadang-kadang sangat sedikit
- Kadang-kadang berketul darah
- Sakit belakang
- Sakit pada ari-ari
Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur
Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:- Jangkitan kuman pada faraj
- Polip pada pangkal rahim
- Hamil di luar rahim
- Cancer pangkal rahim
Bagaimana diagnosa dibuat?
Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.
Rawatan
Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:- Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.
- Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
- Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
- Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.
Risiko Keguguran
Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.Pendarahan Pada Kehamilan Trimester Pertama | ||||
| ||||
| ||||
Pendarahan adalah salah satu kejadian yang menakutkan selama kehamilan. Pendarahan ini dapat bervariasi mulai dari jumlah yang sangat kecil (bintik-bintik), sampai pendarahan hebat dengan gumpalan dan kram perut . Apakah normal mengalami pendarahan pada trimester pertama kehamilan? Pendarahan pada awal kehamilan tidak selalu Normal, tapi hal ini sering terjadi hampir pada 30% kehamilan. Dan separuh dari wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat tetap meneruskan kehamilannya dan melahirkan bayi yang sehat. Pendarahan dalam jumlah yang sangat sedikit / bintik-bintik pada awal kehamilan bisa merupakan hal yang normal yang disebut sebagai pendarahan karena implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan dinding rahim melepaskan sejumlah kecil darah biasanya terjadi sekitar kehamilan minggu ke 7-9 dan hanya terjadi satu atau dua hari saja. Banyak wanita juga mendapatkan bintik/bercak pendarahan setelah hubungan seksual, atau mengangkat barang yang berat, atau karena aktivitas yang berlebihan hal ini karena servik mengandung lebih banyak pembuluh darah dan pelebaran pembuluh darah selama kehamilan ini. Untuk hal ini batasilah aktivitas anda sampai bercak pendarahan hilang. Tetapi pendarahan atau bercak pendarahan selama trimester pertama kehamilan ini, dapat juga merupakan tanda ancaman keguguran. Ada dua hal medis yang harus dipertimbangkan ketika terjadi perdarahan pada trimester pertama kehamilan yaitu Keguguran atau Kehamilan Ektopik. Anda kemungkinan mengalami Keguguran jika perdarahan menjadi hebat ( lebih dari 1 gelas), biasanya sering disertai dengan kram perut. Kadang juga disertai keluarnya bekuan darah atau jaringan fetus. Sedangkan gejala untuk kehamilan ektopik adalah pendarahan vagina disertai rasa sakit perut bagian bawah pada satu sisi. Walaupun, bercak pendarahan (spotting) pada trimester pertama kehamilan adalah hal yang tidak terlalu aneh (sering terjadi pada 30% kehamilan) tapi anda sebaiknya memberitahukan dokter anda tentang hal ini sehingga dokter dapat memonitor dan mengantisipasi komplikasi kehamilan lainnya . Dan hubungi dokter anda SEGERA jika terjadi pendarahan banyak, kram yang hebat, sakit perut bagian bawah yang terus menerus atau timbul demam/panas tubuh. Semua ini dapat menjadi tanda terjadinya ancaman keguguran atau komplikasi lain seperti kehamilan ektopik. Biasanya dokter akan melakukan pemeriksaan Doppler untuk mendengarkan detak jantung janin dan atau USG. Untuk memastikan diagnosa. Jika anda masih kuatir dan bingung dengan pendarahan yang anda alami ini, ungkapkan apa perasaan dan pikiran anda kepada dokter anda. Karena kehamilan, persalinan dan mendapatkan seorang bayi adalah salah satu peristiwa indah dan luar biasa dalam hidup anda, jadi binalah komunikasi yang baik dengan dokter anda, sehingga anda memiliki kehamilan dan persalinan yang sehat dan menyenangkan. |
Siap sedia pindahkan penduduk
2011/03/12
MKN buka bilik operasi pantau tsunami di Labuan, perairan Sabah KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuka bilik operasinya bagi membuat persediaan memindahkan penduduk berhampiran kawasan pantai di Sabah dan Labuan berikutan tsunami akibat gempa bumi paling kuat 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun, semalam.
Mohamed Thajudeen berkata, MKN mengadakan mesyuarat sejurus laporan kejadian gempa bumi diikuti tsunami di Jepun tengah hari semalam dan mengambil keputusan mengarahkan JMM meramalkan paras air laut yang mungkin melanda Sabah dan Labuan.
“Saya sudah mengarahkan JMM supaya segera menghantar laporan berkenaan untuk tindakan lanjut termasuk mengkaji kemungkinan perlu memindahkan penduduk. Kita perlu membuat persiapan rapi dengan kerjasama semua pihak bagi menghadapi segala kemung-kinan,” katanya.
Terdahulu, jurucakap JMM berkata, penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka semalam dan pemantauan akan terus dilakukan hari ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Paras air meningkat ekoran gempa bumi kuat dan diikuti dengan tsunami besar di Jepun pada tengah hari semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun jurucakap itu berkata, buat masa ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan di negara ini kerana berdasarkan jangkaan, peningkatan paras air laut di Sabah tidak melebihi 0.5 meter dan pusat gempa jauh dari Sabah.
Thajudeen berkata, MKN turut menunggu keputusan daripada Kementerian Luar mengenai langkah yang perlu mengenai kemungkinan ada rakyat atau pelajar Malaysia yang di Jepun yang memerlukan bantuan termasuk membawa mereka keluar dari kawasan bencana.
“Saya sudah menghubungi Wisma Putra berhubung perkara ini dan menunggu arahan daripada mereka. Selain itu, kita juga mendapat tahu Jepun sudah pun membuat rayuan mendapatkan bantuan dunia dan MKN sudah mencadangkan bentuk bantuan yang boleh dihulurkan,” katanya.
Sementara itu, sumber menyatakan pasukan mencari dan menyelamat Malaysia (SMART) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dikerah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun.
Jepun ranap
2011/03/12
- OMBAK tsunami menghempas Natori di wilayah Miyagi, semalam.
- ANTARA kemusnahan angkara tsunami yang melanda Jepun semalam.
TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.
Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.
Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada
Tuesday, January 11, 2011
515 bahan kimia masuk dalam tubuh wanita setiap hari kerana produk kecantikan
Menurut satu kajian baru, wanita biasanya menggunakan hingga 13 produk, yang sebahagian besar mengandungi lebih daripada 20 bahan, termasuk aditif (bahan penambah).
Sebahagian besar kosmetik kegemaran kita adalah campuran yang dihasilkan secara industri dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan kita dan, dalam beberapa kes, bukan memberikan kita potensi 'anti-penuaan' tetapi menyebabkan kita nampak tua dengan lebih cepat. Minyak wangi mengandungi campuran rata-rata daripada 250 bahan, dengan beberapa mengandungi sebanyak 400.
Penyelidikan oleh Bionsen, syarikat yang membuat deodoran yang kata mereka 'bebas aluminium', mengatakan beberapa bahan aditif dalam produk-produk lain telah dikaitkan dengan kanser, masalah hormon, kondisi kulit dan alergi.
Lipstik mengandungi purata 33 bahan, losyen tubuh 32, maskara 29, dan produk yang paling murni, pelembap tangan, 11.
Poll (pungutan suara) dari 2,016 orang wanita oleh Bionsen mengatakan sebahagian besar dari bahan tercemar adalah ditimbulkan sendiri oleh wanita yang menyemburkan deodoran, menyapu pelembab tubuh dan memakai lipstik pada setiap pagi.
Lapan daripada 12 daerah di tubuh ditandakan oleh Bionsen sebagai tempat di mana para wanita menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia itu pada wajah atau kepala dan termasuk pelembab, fondasi, pemerah muka, make-up mata, spray rambut dan parfum kepala atau wajah.
Penelitian dari University of Medicine Wilayah Kyoto menunjukkan bahawa beberapa parabens yang dahulu kita anggap selamat, seperti Methylparaben, boleh bermutasi dan menjadi racun bila terkena sinar matahari. Parabens adalah salah satu bahan pengawet yang paling banyak digunakan di dunia, dan dijumpai dalam syampu, gel rambut, gel pencukur dan losyen tubuh. Tetapi penggunaan menjadi semakin kontroversial - pelbagai kajian telah menghubungkan mereka dengan masalah kesihatan yang serius termasuk kanser payudara, serta masalah kesuburan pada lelaki.
Penelitian sebelumnya menemukan satu pertiga wanita di bawah usia 25 tahun memakai produk yang ditujukan untuk mereka yang lebih daripada 40-an, berpotensi mendedahkan diri mereka kepada kerosakan yang tidak diingini dari rawatan yang dibuat khusus untuk kulit yang lebih tua.
Pesakit Eksema yang menggunakan produk yang terlalu berminyak sering menderita suatu keadaan yang disebut oklusi folikulitis (occlusive folliculitis) - iaitu keringat tidak boleh keluar melalui liang-liang roma yang tersumbat, menyebabkan bengkak merah gatal.
Ada beberapa undang-undang yang direka untuk melindungi kita daripada bahan kimia berbahaya dalam kosmetik, namun para penyelidik bimbang bahawa mereka tidak pergi cukup jauh. Sebagai contoh, pengeluar kosmetik wajib menyenaraikan bahan-bahan mereka, tetapi mereka tidak perlu memberi tahu kita mengenai kotoran yang ditemui pada bahan mentah ataupun digunakan dalam proses pembuatan, selama mereka tidak menyiapkan produk.
Jika anda ingin melindungi diri daripada bahan kimia yang berlebihan, kurangkanlah penggunaan kosmetik anda secara keseluruhan, beralih kepada produk-produk alamiah dan organik, serta membaca label pada produk-produk penjagaan kecantikan dengan lebih berhati-hati.

Thursday, December 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)