Friday, April 30, 2010

Pertandingan ayam serama...

esok ada pertandingan ayam serama di Sutra Beach Resort Terengganu...mai ramai2 meriahkan pertandingan tersebut...hadiah lumayan....ada cabutan bertuah....mai...mai...ke ganu....

Thursday, April 29, 2010

Nasi ulam kat kota bharu....pergh...sedap hingga menjilat jari...

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

1."Auzubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

2. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari
neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam
yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

4.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab.

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

5. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

6. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Posted by harleena at 3:07 PM

Wednesday, April 28, 2010

Hayati kebesaran allah.......


National Geographic - In the Womb - For more funny videos, click here


iNFO HARI INI...Jom pakat pi ramai2 kita gi candat sotong di ganu.....

Masih boleh daftar esok


 Orang ramai masih berpeluang menyertai Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 dengan mendaftar sebagai peserta di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun, Terengganu, esok dan Sabtu ini.
Pengarah karnival, Othman Mamat berkata, kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 3 hingga 7 malam esok, manakala bermula jam 9 pagi hingga 2 petang, pada Sabtu. “Bagi mereka yang sudah mendaftar diminta membuat pengesahan iaitu pada hari dan tempoh yang sama. Kami membuka kaunter berikutan sambutan yang menggalakkan,” katanya. Othman berkata, setiap peserta diminta membawa jaket keselamatan sendiri dan hanya satu set alat candat (mempunyai dua atau tiga mata candat) dibenarkan untuk setiap peserta.

Petanda jodoh kita........


JODOH adalah ketentuan-Nya, tetapi bagaimana hendak mengetahui jika si dia memang ditakdirkan untuk diri kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang berbeza rasa, tetapi dijodohkan memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut beberapa petanda yang dia adalah jodoh anda:

  • Bersahaja. Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak dikawal atau kelihatan pelik? Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.

  • Senang bersama. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

  • Terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah dilakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

  • Sentiasa jujur. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Kejujuran disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

  • Percaya mempercayai. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan lain.

  • Senang bekerjasama. Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal berpanjangan, kita perlu saling bekerjasama.
    Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Segalanya dapat dilakukan tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.


  • Memahami diri. Fahami diri pasangan. Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila sudah, dia menjadi pembantu. Dia selalu bersama dalam sebarang situasi, tidak kira ketika gembira atau berduka.

  • Tampilkan kelemahan. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya.

  • Kata hati. Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Deria batin ini juga membolehkan kita saling mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain serta menduga reaksi pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha berkuasa.

  • Sukar jaga suami aktif........

    HIDUP tanpa suami terlalu sukar bagi wanita yang pernah hidup berumah tangga. Pun begitu masih terdapat sebahagian daripada mereka yang berjiwa kental dan tabah menjalani kehidupan sehingga berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang dikagumi.
    Tidak salah untuk mencari pengganti asalkan jangan mengganggu kebahagiaan orang lain. Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, luahan hati seorang isteri yang terlalu baik sehingga orang ketiga mengambil kesempatan terhadap suaminya.
    Mungkin Halimah ( bukan nama sebenar ) seorang isteri yang terlalu 'sporting' maka suami mengambil kesempatan untuk berbuat apa yang dia suka. Ikuti kisah yang dialami Hamilah.
    "Ikhlas saya katakan memang sukar untuk mendidik anak-anak era siber dan lebih sukar lagi mengawasi pergerakan suami yang tergolong dalam kategori lelaki paling sibuk atau aktif dengan kerja-kerja kebajikan.
    "Disebabkan kesibukan itu, maka berbagai-bagai golongan insan datang untuk berjumpa dan mengadu hal atau meminta bantuan.
    "Rumah saya menjadi bagaikan pesta tidak kira siang atau malam tetapi saya menyambut mereka dengan senang hati. Segala pertolongan yang mereka hajati Insya-Allah akan cuba diberi perhatian.
    "Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali, itu pepatah yang terkadang kita terlupa akan maksudnya.
    "Maka tercatatlah kisah ya g ingin saya kongsi bersama pembaca yang setia di ruangan ini. Saya seorang isteri yang 'sporting' dan tidak pernah ada perasaan syak atau buruk sangka terhadap suami.
    "Ke mana sahaja suami pergi dan jam berapa dia pulang saya tidak pernah memikirkan perkara yang negatif malah saya berazam menjadi isteri dan ibu mithali.
    "Oleh kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa, maka pergerakan saya terbatas dan segala info yang saya terima dari rakan-rakan mengenai hal-hal negatif berkaitan suami tetapi saya menyangkalnya sama sekali.
    "Suatu pagi hari minggu, ketika sedang sibuk menyiapkan juadah untuk yang anak-anak akan pulang dari asrama, tiba-tiba jiran saya seorang ibu tunggal bernama Milah (bukan nama sebenar) meluru ke arah saya yang sedang memasak.
    "Tanpa segan silu dia mengambil sebahagian masakan yang masih panas dan dibawanya pulang tanpa meminta izin daripada saya, tergamam saya ! .
    "Mungkin dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih atau sudah biasa dengan keluarga saya, maka saya diamkan sahaja hal itu.
    "Satu hari lain, satu lagi kejadian berlaku. Disebabkan rumah saya sentiasa dikunjungi tetamu, maka pintu pun selalunya tidak berkunci.
    "Ketika sedang berjalan ke dapur saya terdengar suara seorang perempuan sedang bercakap dengan suami saya di dalam kamar tidur kami.
    "Kebetulan memang suami saya baru hendak melelapkan mata selepas pulang dari suatu majlis. Saya pergi mengintai, tergamam saya melihat Milah sedang mengadu hal kepada suami saya.
    "Bayangkan, isteri mana yang tidak cemburu jika ada perempuan lain berbual dengan suami sendiri dalam kamar tidur. Tanpa segan silu dia berlalu setelah habis berbincang dengan suami saya. Saya dibuatnya seperti tunggul.
    "Kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja, banyak lagi cerita-cerita 'sensasi' yang saya dengar mengenai Milah yang teramat rapat dengan suami saya. Hati saya terguris juga jika selalu mendengar kisah-kisah yang kurang enak tentang suami dan Milah.
    "Lalu saya menggunakan orang tengah untuk bertanyakan hal yang sebenar kepada suami, tentang hubungannya dengan Milah. Milah menafikannya begitu juga suami saya. Hai Milah… kalau tak ada angin mana mungkin pokok boleh bergoyang?
    "Saya faham bagi seorang wanita yang hidup tanpa suami tentu akan berasa sunyi. Sukar bagi seorang wanita untuk menerima kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka, jika ada pun mungkin segelintir sahaja.
    "Keesokannya terjadilah perang mulut antara saya dengan suami gara-gara Milah telah mengadu kepadanya yang saya mencurigai hubungan mereka. Yang saya geram anak-anak pun dimarahi. Suami saya seorang yang penyabar tetapi tiba-tiba tidak dapat mengawal emosi.
    "Entah apalah yang disampaikan Milah kepada suami saya sehingga dia 'naik hantu'. Itulah lelaki kalau percayakan perempuan atau buah hati, dia akan lupa segalanya.
    "Saya sayangkan keluarga yang kami bina dan tidak mahu terjadi konflik. Doa dan bersabar adalah dua elemen yang saya jadikan sandaran untuk mempertahankan keutuhan hubungan kami sekeluarga. Biar pun badai yang melanda, keluarga saya akan utamakan.
    "Tetapi Milah masih dengan perangainya yang sukar untuk difahami. Saya selalu berdoa dan berharap ada seseorang yang menasihati dia atau apa sahaja yang terbaik untuknya suatu hari nanti.
    "Doa saya dimakbulkan Tuhan apabila Milah bertemu jodoh dengan seorang duda. Bagi menerapkan kesedaran kepada orang seperti Milah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kata suami saya yang mula sedar akan kesilapannya tempoh hari.
    "Mungkin pergaulan yang tidak terbatas semasa tugasan menjadi faktor utama untuk sesiapa pun mudah 'jatuh hati seperti mana yang suami saya alami.
    "Saya bersyukur kerana masalah saya telah selesai. Suami juga meminta maaf dan berjanji akan membaiki keadaan dan menjadi ketua keluarga yang baik. Semoga Allah melindungi kehidupan kami di dunia dan akhirat," demikian kata Halimah menutup cerita.
    Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah yang berlaku kepada Halimah. Jelasnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
    Halimah patut bersyukur kerana suaminya sudah sedar dan kembali ke pangkal jalan. Saya bangga dengan sikap sabar yang Halimah tunjukkan sepanjang krisis rumah tangganya.
    Tidak rugi jika kita bersabar dan berdoa kerana segala doa yang baik itu insya-Allah Tuhan akan makbulkan. Jagalah keluarga dengan sebaik-baiknya dan jadilah isteri solehah dan ibu mithali. Serangkap pantun untuk renungan bersama.
    Tinggi melangit luasnya angkasa,
    Berkelip bintang di langit luas,
    Bermohonlah pada Allah Yang Esa,
    Bersandarlah pada Doa yang ikhlas.
    Salam.

    Tuesday, April 27, 2010

    Resepi Udang Mentega.....sedapnyer.....


    Bahan A
    12 ekor udang sederhana besar
    1 cawan tepung rangup
    ½ cawan air

    CARA MENYEDIAKAN:
    1. Bersihkan udang dan masukkan ke dalam  mangkuk.
    2. Gaulkan bersama tepung rangup serta sedikit air dan goreng sehingga masak. Ketepikan.

    Bahan B
    3 biji telur
    1 kuntum bunga kantan - hiris halus
    8 tangkai cili padi - hiris halus
    Sedikit daun kari
    1 cawan mentega
    Sedikit gula

    CARA MENYEDIAKAN:
    1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tuangkan telur sedikit demi sedikit diikuti dengan bunga kantan, cili padi, daun kari dan sedikit gula sehingga garing.
    2. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api angkat dan hidangkan.

    Syurga di bawah laut.....


    PUlAU Sipadan yang mempunyai 12 lokasi selam utama untuk diterokai.


    KEPUASAN dan ketenangan minda ketika menerokai keindahan alam di bawah permukaan air sememangnya sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
    Melihat keunikan dan keanehan hidupan yang selama ini asing pada pandangan mata adalah faktor yang 'menarik' penyelam skuba untuk terus terjun ke dasar laut.
    Bukan itu sahaja, jenis dan kategori selam yang berbeza juga sering menjanjikan pengalaman dan sesuatu yang baru untuk dicuba.
    Bagi penyelam skuba kunci utama untuk mencapai kepuasan ketika menyelam adalah eksplorasi. Selepas puas meneroka keindahan di satu-satu lokasi, mereka akan beralih ke lokasi seterusnya.
    Kali ini WOW! berkongsi lokasi-lokasi selam skuba terbaik di seluruh dunia untuk dimasukkan ke dalam senarai destinasi wajib dikunjungi penyelam.
    Sipadan dan Layang-Layang, Malaysia
    MALAYSIA tidak pernah ketinggalan dalam aktiviti selam skuba. Perairan beriklim tropika menjadikan negara ini antara destinasi kegemaran penyelam dari seluruh dunia.
    Selain keindahan pulau-pulau seperti Redang, Perhentian dan Tioman, Malaysia mempunyai beberapa lokasi selam yang eksklusif yang bertaraf dunia.
    Pulau Sipadan di Sabah yang pernah tergolong antara pulau tercantik di dunia masih lagi kekal sebagai permata dalam dunia selam skuba.
    Pulau kecil itu kaya dengan pelbagai spesies jerung, ikan lumba-lumba, alu-alu, penyu dan pari.
    Sipadan terkenal dengan keindahan terumbu karang dan hidupan macro (halus) yang memenuhi 'galeri dinding' di sekeliling pulau berbentuk cendawan itu.
    Antara lokasi kegemaran penyelam di Laut Celebes itu adalah Barracuda Point dan South Point. Bagi penyelam tempatan, selam skuba sememangnya tidak lengkap selagi tidak menjejakkan kaki ke khazanah tidak ternilai ini.
    Selain Sipadan, Sabah juga mempunyai beberapa lagi lokasi selam yang dianggap setanding seperti Pulau Layang-Layang, Mabul dan Kapalai.

    Menarik ari ni.....

    Malaysia status negara tua 2035

    KUANTAN 27 April - Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang 2035 ekoran peratusan warga emas yang berumur 60 tahun mencapai kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.
    Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peratusan bilangan warga emas di negara ini semakin meningkat berdasarkan banci penduduk pada 2000 iaitu seramai 1.45 juta orang atau 6.2 peratus.
    ''Jumlah tersebut terus melonjak selepas sembilan tahun menjadi seramai dua juta atau 7.1 peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28.3 juta orang.
    ''Statistik tersebut amat membimbangkan ekoran penurunan kadar kesuburan dan peningkatan jangka hayat penduduk seperti yang direkodkan pada 2005 iaitu 71 tahun bagi lelaki dan 76 tahun bagi wanita," katanya dalam ucapan perasmian sempena Seminar Kebangsaan Ketiga di sini hari ini.
    Teks ucapan perasmian seminar bertajuk Kasih Sayang Antara Generasi Membanteras Penganiayaan Sesama Insan dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Halijah Yahaya.
    Menurut Meme, fenomena golongan muda berkerjaya pada masa ini yang tidak mahu berkahwin, amat membimbangkan kerana ia menyebabkan kadar kelahiran adalah rendah.
    ''Faktor kahwin lambat atau tidak berkahwin menyebabkan peratusan kadar kelahiran kurang berbanding peratusan kematian.
    ''Ini kerana, golongan warga emas mempunyai keperluan tersendiri sehingga menimbulkan pelbagai implikasi kepada keluarga, masyarakat dan negara," jelasnya.
    Misalnya, jelas beliau, Jepun kini mencapai status negara tua apabila peratusan warga emas semakin meningkat manakala rekod kelahiran adalah rendah.
    Bagaimanapun, katanya, kerajaan serius dalam menangani kadar penuaan yang semakin meningkat dan bersedia menghadapi cabaran tersebut.
    ''Semua pihak sama ada kerajaan atau swasta perlu memberi ruang dan peluang kepada golongan warga emas untuk menyumbang kepada masyarakat sesuai dengan keupayaan dan minat mereka.
    ''Mereka seharusnya diberi ruang dan peluang supaya kemahiran dan kepakaran yang dimiliki diperturunkan kepada generasi muda," ujarnya.

    Pemandangan yang indah di Bukit Tingi....

    Wajah kesayangan hamba.....


    Ari ni si comelku ini kuran sihat....selsema la pulak...

    Penyu oh penyu.......

    Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam.....

    RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:

    "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
    Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
    Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

    Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

    "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
    Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu." "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

    Cita dari majalah pa & ma....tersentuh rasa hati bila membaca cita ni...

    BAYIKU MENINGGAL 3 HARI SEBELUM DILAHIRKAN




    Sebagai manusia normal kehilangan orang tersayang pasti mengundang kesedihan yang sukar diubati. Hanya kekuatan iman menjadi pendinding diri. HASNITA SAWAL berkongsi rasa dengan Azlina Md Shariff, 36, dan Ahmad Firdaus Che’ May, 36, yang kehilangan anak beberapa hari sebelum dilahirkan.
    Walaupun hamil anak ketiga dan jarak dengan anak kedua Nur Najla Aqilah yang berusia setahun enam bulan tidak terlalu jauh namun keseronokan untuk mendapat seorang lagi cahaya mata sukar digambarkan. Apatah lagi saya sudah berkahwin sejak 1999 tetapi tidak berzuriat sehingga 2005. Perasaan untuk mendapat zuriat amat kuat dalam diri saya . Suami telah berhabis duit dan keringat untuk mendapatkan zuriat. Sudah berbagai hospital dan pakar kami rujuk untuk mendapatkan perasaan mengandung dan melahirkan anak.

    Ini membuatkan perasaan sayang dan kasih kepada anak-anak amat besar dalam hati saya sebaik dikurniakan anak pertama Muhammad Aliff Nabil pada 24 Ogos 2005. Kehamilan ketiga pada usia 35 tahun langsung tidak memberi masalah kepada saya. Semuanya berjalan normal seperti biasa .

    Tarikh jangkaan bersalin yang diberikan doktor adalah pada 11 Julai 2009 tetapi m elihatkan saiz kandungan saya yang terlalu besar maka doktor menetapkan untuk paksa keluar kandungan pada tarikh yang dipercepatkan iaitu 27 Jun.

    Bermulanya satu kesedihan

    Saya masih ingat lagi tiga hari sebelum tarikh di suruh bersalin, saya mengalami pening kepala yang amat sangat. Pada pagi Rabu, 24 Jun, saya mula berasa kurang sedap hati apabila kandungan kurang bergerak. Tetapi saya tidak memberitahu suami.

    Kira-kira pukul 4 petang suami menelefon memberitahu kunci keretanya jatuh di dalam longkang dan tidak dapat mengambilnya kerana keadaan longkang yang dalam.

    Disinilah bermulanya ketakutan itu. Suami meminta saya menunggu kereta tersebut yang terletak
    di depan pejabat saya di Seksyen 14, Shah Alam. Dia perlu pulang untuk mendapatkan kunci pendua kereta itu. Tugas suami yang perlu ke Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyelesaikan permohonan pengubahsuaian rumah kami perlu diselesaikan kerana waktu bersalin saya semakin hampir. Saya meminta suami supaya mencari jalan penyelesaian lain kerana pening yang amat sangat dan merasakan perlu ke klinik kerana kandungan kurang bergerak. Suami lalu menelefon adiknya yang berada di rumah mak mertua saya di Kampung Melayu Subang. Adik ipar saya, Khairunnisa’ pun baru lepas bersalin dan masih didalam pantang.
    Suami saya berkeras meminta adiknya mengambilnya dan saya untuk terus ke rumah kami di Taman Bukit Subang. Perjalanan yang dekat dari Shah Alam ke Taman Bukit Subang dirasakan begitu lama. Waktu pada masa itu menunjukkan jam 5.45 petang.

    Dia sudah pergi

    Semuanya berlaku terlalu pantas. Suami mengambil anak-anak kami dari pusat jagaan. Kereta
    kedua yang ada dirumah kami pakai dan membiarkan kereta suami di Shah Alam pada hari
    itu. Kami terus ke klinik dan setelah diperiksa, doktor minta kami terus ke Pusat Rawatan Islam
    (Pusrawi), Kota Damansara tempat rujukan kami kerana menurut doktor degupan jantung bayi
    dalam kandungan terlalu perlahan.

    Kami bergegas ke rumah dan mengambil beg yang telah saya siapkan jika bersalin. Jam 6. 30
    petang anak-anak kami tinggalkan dengan Nenek mereka. Di Purawi, kandungan diperiksa
    lagi dan kami menunggu doktor rujukan datang. Setelah ujian kedua dilakukan menggunakan
    scanner dan jantung, doktor menyuruh kami terus ke Hospital Sg Buloh (HSB). K etika itu jam
    menunjukkan pukul 10 malam.

    Sementara ujian demi ujian dijalankan suami sabar menanti diluar. Jam 3. 30 pagi, doktor
    pakar menjemput suami ke dalam bilik saya dan memaklumkan kandungan telah mati di dalam
    perut. Masih terngiang-ngiang kata- kata doktor pada masa itu. “Tidak ada sebab - sebab klinikal
    untuk diberitahu dan kandungan telah meninggal dunia di dalam perut. Punca kematian hanya
    boleh diberitahu setelah kandungan dikeluarkan.” Dia meminta kami bersabar dan memberitahu kandungan boleh dilahirkan secara normal. Dia juga membenarkan kami pulang ke rumah bersama kandungan di dalam perut.

    Perlu reda

    Biarpun sudah disahkan meninggal, saya dan suami tetap berdoa memujuk hati supaya
    kandungan ini kembali normal. Tetapi padah ari Jumaat, 26 Jun setelah tiga hari kandungan
    tidak bergerak, tepat jam 2.15 petang lahirlah bayi lelaki kami yang sempurna seberat 3.1 kg tetapi sudah tidak bernyawa di HSB.

    Hancur luluh hati saya tatkala menatap wajah beningnya yang suci. Walaupun hanya sempat
    bersamanya seketika tetapi saya reda dengan ujian Allah SWT kerana saya tahu dia sedang
    berbahagia disyurga milik-Nya. Kesabaran suami yang tabah menghadapi dugaan paling hebat
    bagi kami ini membuatkan saya reda dengan apa yang berlaku.

    Melalui tempoh berpantang kali ketiga ini benar-benar mencengkam perasaan. Bayang kan
    anda berpantang tanpa bayi di sisi dengan susu yang penuh di payu dara, hanya mereka yang
    menerima ujian yang sama sahaja memahami betapa sayu dan pedihnya hati ini. Beberapa kali saya menyusukan anak saudara yang baru berusia dua bulan (anak Khairun nisa ’) kerana ibunya sudah kembali bekerja. Ketika menyusukannya, perasaan kehilangan amat saya rasakan sekali.

    Telatah dan kerenah anak-anak yang masih kecil dan tidak faham tentang kematian adik mereka menjadikan saya terhibur seketika. Suami yang banyak membantu memberi semangat kepada saya. Dia selalu berkata dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan nya” (Al-Ba qara h: 286).

    Kami kuat menghadapi waktu-waktu sukar ini. Setiap malam kami berbincang dan suami kerap memberikan semangat untuk kami meneruskan hidup. Suami berkata kadang-kadang kita
    rasa sesuatu perkara itu baik untuk kita tetapi Allah SWT Maha Mengetahui bahawa itu tidak
    baik pada kita. Selepas selesai tempoh berpantang, punca kematian bayi saya dapat di ketahui.

    Menurut doktor, bayi yang kami beri nama Muhammad Ariff Nazri, meninggal dunia akibat
    tidak mendapat oksigen daripada darah yang tidak sampai kepadanya akibat terbelit tali pusat.

    Sebagai ibu yang kehilangan anak, saya menjadi marah jika terdengar kes pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia. Saya berharap janganlah perkara ini berlaku lagi kerana masih ada lagi ibu-ibu di luar sana yang mahukan kehadiran anak untuk dibelai dan dicurahkan kasih sayang.

    Masjid kristal Kuala Terengganu.....senyum sokmo la.....

    Begini la keadaan setelah habis monsun cup di Kuala Terengganu.....

    Monday, April 26, 2010

    Cita akhbar utusan ari ni...

    Makhluk asing wujud – Hawking


    Stephen Hawking


    LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.
    “Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.
    Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yang dihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untuk mencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendiri habis digunakan.
    “Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yang mengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalam jangkauan mereka,” kata Hawking.
    Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into the Universe with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang mula disiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.
    “Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahaja menjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhluk asing.
    “Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.
    Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.
    Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.
    Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulan Beatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesej keamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasan Polaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP

    Masjid Rantau Panjang.....sungguh unik....

    Senyum seindah suria yang membawa cahaya...

    askum...selamat pagi semua...nak bagi petua kat korang semua utk ari ni....

    Petua datuk nenek...hehe...
    1. Daun turi atasi sakit kepala - caranya ambil segenggam daun turi, 7 helai daun lada dan 3 ulas bawang putih. tumbuk semua bahan pastu tempel pada bahagian kening anda..insyallah akan segera sembuh..lobak putih pun blh tapi pedih sikit la...
    2. Atasi masalah hidung tersumbat - bg bayi yang ada masalah hidung tersumbat,lumurkan minyak masak yg belum digunakan di ubun-ubun sekerap yg mungkin...

    tu je la petua untuk ari ni...esok aku bg lagi petua lain lak...

    Mari la kita semua berdoa dan buat solat hajat untuk adik Nurhannah.....

    Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

    Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

    Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

    Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

    Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

    Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

    2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

    Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

    Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan… kaki pula bersimen.

    Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

    Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

    Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

    Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami  erti kesakitan. 
    Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu. emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. 
    Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
    Solat Hajat
    1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
    2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
    3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

    Ayat Kursi :
    Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

    Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
    Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
    Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
    Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

    Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

    Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di
    kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

    Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya
    bertawakal. Amin.


    Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan Rohaiza dan keluarga dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.

    Sunday, April 25, 2010

    Kari ketam letak nenas...Hasil masakan sendiri.....



    Ini la hasil masakan dari air tangan sendiri....kegemaran suami dan anakku...walaupun aku tak makan ketam tapi setakat nak masakan utk suami tu blh la aku masakkan...puas hati bila suami puji sedap..hehehe...tu la cara-cara nak pikat hati suami...pikat perut dia dulu...gi mana-mana pun mesti dia teringat kat masakan isteri dia...tu jer la untuk ari ni...seharian dok mengadap laptop ni...

    Bicara agama petikan dari utusan.....

    Allah rahsiakan bila kiamat


    SEMUA keindahan dan nikmat yang ada di dunia tidak dapat mengatasi ganjaran yang disediakan di syurga Allah. - gambar hiasan


    Mukadimah
    Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.
    Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.
    Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah.
    Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempatnya sebagai pembalasan apa yang telah mereka kerjakan dahulu.
    Firman Allah SWT: Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar. Ibn Abbas berkata: Iaitu hari kiamat. Ibn Kathir berkata: Disebut dengan perkataan Tammah kerana ia meliputi segala yang menakutkan lagi menyeramkan.
    Firman Allah SWT: Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya. Al-Maraghi berkata: Pada hari itu manusia melihat perbuatannya termaktub dalam buku catatan amalannya yang hampir dilupakan tetapi dia segera mengingati kembali apa yang dilakukan dahulu.
    Firman Allah SWT: Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. Syed Qutb berkata: Neraka kelihatan jelas kepada setiap mata yang membawa makna dan bunyi yang kasar dan keras dan menonjol pemandangan neraka di hadapan setiap mata.
    Ketika itu manusia akan menerima balasan dan akibat yang berbeza-beza. Dan ketika itu lahirlah tujuan dan matlamat pentadbiran dan perencanaan Allah yang mewujudkan kehidupan dunia.
    Firman Allah SWT: Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya), adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya). Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya neraka jahanamlah tempat kediamannya.
    Al-Maraghi berkata: Orang yang sombong, melampaui batas dan mengutamakan kelazatan dunia serta nafsu syahwatnya daripada akhirat, maka nerakalah tempat tinggalnya.
    Firman Allah SWT: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.
    Syed Qutb berkata: Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang seri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yang melampau dan kepada perbuatan maksiat.
    Ia menjadi punca segala bala bencana dan kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab mengikut hawa nafsu.
    Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit mengikut hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.
    Perasaan takut kepada Allah SWT merupakan dinding yang teguh untuk mencegah segala keinginan nafsu yang kuat tetapi semua dinding yang lain jarang dapat mencegah gelojak hawa nafsu kerana itulah kedua-duanya dikumpulkan dalam satu ayat.
    Yang bercakap di sini ialah Allah pencipta manusia. Kerana itu Dialah yang mengetahui tentang penyakit jiwa dan ubatnya. Begitu juga Maha Mengetahui dengan segala lorong dan likunya.
    Dialah Maha Mengetahui di mana tersembunyinya keinginan nafsu dan apakah pula ubatnya dan bagaimana mengusir dan memburu hawa nafsu itu dari tempat-tempat persembunyiannya.
    Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Begitu juga persoalan berlegar kepada orang yang telah mati, bila akan dibangkitkan? Ibn Kathir berkata: Pengetahuan tentangnya tidak diberikan kepadamu.
    Firman Allah SWT: Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
    Diriwayatkan oleh Aishah r.anha bahawa Rasulullah SAW sering menyebut hari kiamat dan hal itu selalu ditanya sehinggalah ayat ini diturunkan.
    Al-Maraghi berkata: Kamu jangan bersedih hati dalam menangani masalah ini serta jangan memaksa diri kamu untuk mengetahui rahsia-rahsianya dan ingin mengetahui sesuatu yang disembunyikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
    Firman Allah SWT: Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
    Ibn Kathir berkata: Barang siapa yang takut kepada Allah SWT dan takut kepada ancaman-Nya, maka dia akan mengikutimu. Oleh yang demikian, dia sangat beruntung dan memperoleh kegembiraan. Kegagalan dan kerugian hanya untuk orang yang mendustakan dan melakukan penentangan.
    Firman Allah SWT: (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
    Al-Maraghi berkata: Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan yang sama seperti kenyataan di atas: Aku akan mengunjungi kamu pada waktu petang atau pagi. Atau sebaliknya, ungkapan ini bermaksud mereka akan memendekkan masa kunjungannya dan sangkaan mereka hanya akan tinggal sepanjang waktu petang atau pagi.
    Penutup
    Syed Qutb berkata: Selesailah sudah kehidupan dunia yang selalu membuat penghuni-penghuninya berperang dan bertarung satu sama lain kerana merebut kenikmatannya. Dunia yang selalu membuat mereka mengutamakan kenikmatannya dan mengabaikan usaha mereka mendapat habuan di akhirat.
    Dunia yang selalu membuat mereka sanggup melakukan untuknya segala jenayah, maksiat dan kezaliman, dan dunia yang selalu membuat mereka dihanyut nafsu dan hidup kerana nafsu.
    Terlipatlah sudah kehidupan dunia ini dalam hati pencintanya hingga dirasakan mereka seolah-olah kehidupan itu hanya berlangsung selama satu petang atau satu pagi sahaja. Inilah kehidupan dunia yang singkat.
    Adakah kerana kehidupan pagi dan petang, mereka sanggup mengorbankan kehidupan akhirat yang kekal?
    Adakah kerana kepuasan hawa nafsu yang fana, mereka sanggup meninggalkan kediaman syurga yang kekal di akhirat? Tidakkah ini suatu kebodohan yang paling besar?

    Saturday, April 24, 2010

    SAMBAL UDANG....YUMMMY..YUMMY..

    BAHAN-BAHAN:

    250 gm udang

    10 tangkai cili merah (kisar)

    5 labu bawang besar (hiris)

    2 ulas bawang putih (kisar)

    2 biji kentang (potong dadu dan rebus)

    1 papan petai buang kulit dan potong dua

    3 helai daun limau

    Garam secukup rasa



    CARA MENYEDIAKAN:

    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

    2. Masukkan cili merah, kentang dan petai dan tumis selama 10 minit.

    3. Masukkan udang dan tumiskan lagi 10 minit.

    4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.

    LAKSA JOHOR....Kegemaranku...

    BAHAN UNTUK KUAH:

    500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar)

    2 liter santan (2 biji kelapa)

    40 gm udang kering (rendam dan kisar)

    50 ml air asam jawa

    60 ml minyak masak

    50 gm daun kesom (kisar halus)



    BAHAN UNTUK PES:

    2 sudu besar ketumbar

    1 sudu besar serbuk jintan manis

    2 sudu besar serbuk kari

    2 sudu besar cili



    BAHAN KISAR:

    6 ulas bawang merah

    5 ulas bawang putih

    2 sudu kecil lada hitam



    BAHAN HIASAN:

    Timun (potong nipis dan memanjang)

    Lada merah (hiris)

    Bawang besar (hiris)

    Daun selom

    Kacang panjang (hiris halus)

    Telur rebus dan belah dua

    Limau kasturi (belah dua)

    Sedikit lobak masin

    Sedikit taugeh

    Sedikit hirisan daun selom

    Sambal belacan



    CARA MENYEDIAKAN:

    1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

    2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak.

    3. Masukkan santan dan kacau perlahan.

    4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa.

    Selepas beberapa minit masukkan daun kesom.

    5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa, dan biarkan mendidih.

    6. Boleh dihidangkan bersama spageti dan bahan hiasan.
    telokbetta.webs.com

    Kesayanganku...

    Ohh...tasik kenyir...

    assalammualaikum....

    penatnya aku ari ni...seharian kat tasik kenyir...semuanya sebab pertandingan raja serama...ayam serama...walaupun penat tapi best giler dok kat sana..macam2 gelagat org aku tgk...kelakar sgt...pertama kali aku gi kat pertandingan ayam serama tu...minggu depan ada lagi kali ni buat kat sutra beach resort...wah seronok tu...hadiah pun lumayan...hari ni bapa mertua ku kurang bertuah tak dapat apa2 hadiah...huhuhu...tapi yg pasti semua happy walaupun kepenatan dan kepanasan...acara paling best adalah best of the best...memang ler best...lawan juara antara juara...part tu jer la yang aku paling nak tengok...dengan satu lagi cabutan bertuah dan hadiah pemenang....tv3 pun ada datang gak buat liputan...tengok la nanti minggu depan ke ada la keluar kat majalah 3 nanti...glamor pak mertua ku coz di temuramah org tv...ye la naib presiden ayam serama malaysia la katakan...cuma skrg pak mertua aku da kurang aktif coz da tua tak larat sgt...dok tgk jer la jadi penonton...nak jadi pengadil pun dia da tak nak....aku dengan hubby aku lak kepenatan menjaga buah hati kitorg yg sorang tu...huhuhu tak reti dok diam asyik ajak jalan jer...aku rasa kalau ari2 mcm ni blh kurus kitorg...hehe...ok la aku da ngantuk da esok kita bertemu lagi yer...wasalam...

    Thursday, April 22, 2010

    iNFO HARI INI...

      Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.       
      Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.    
      Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan
      tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali
      pertama beliau mendapat sawan.                                          
      Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk
      dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan   
      kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). 
      Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah
      (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam 
      sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT 
      Scan).                                                                  
      Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute
      and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini  
      ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya          
      bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita   
      atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya 
      tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.                
                                                                                                                                           
                                                                                                                                                                                        
      Health Info                                                             
                                                                                                                                                       
      SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)                                              
                                                                              
                                                                                                                                                       
      SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan 
      kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
      yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang 
      lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi    
      digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti      
      bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi,   
      menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau   
      bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.. Sebab lain ialah penderaan bayi 
      (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.  
                                                                              
                                                                              
      Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
      berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih  
      belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.                                                                                                                                  
      Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama 
      bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana   
      untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
      menjaga bayi.....( occupational stress ).                               
                                                                              
                                                                              
                                                                              
      Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga     
      pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan
      otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.           
                                                                              
                                                                              
      PENCEGAHAN                                                              
      1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk     
              bermain.                                                                
      2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.                           
      3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda   
             tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau     
             kepada orang lain.                                                      
      4.    Minta bantuan orang lain.                                         
                                                                              
                                                                              
                                                                              
      Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat        
      mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya       
      bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes      
      dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk 
      alat menggoncang bayi seperti buaian.                                   
                                                                                         
                                                                                                                                         
      Hadith :                                                                
      Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang 
      ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang 
      di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari       
      Kiamat.”                                                                
                                                                              
      Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi